MAJLIS HAL EHWAL PENGGUNA DAERAH PERLU DIAKTIFKAN




Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah (MHEPD) yang ditubuhkan semenjak 7 tahun lalu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah boleh dikatakan 'terkubur' , majlis ini gagal berfungsi sebagai satu majlis atau platform forum pengguna di peringkat daerah, akibatnya banyak isu-isu dan masalah pengguna di peringkat setempat gagal diselesaikan. Antaranya, isu kenaikan harga barang sekarang telah menjadi modal kempen politik menjelang musim pilihanraya. Budaya 'protes' parti pembangkang dan mereka yang menggelarkan diri mereka 'aktivis' yang berganding rapat dengan parti politik telah 'menikam' kerajaan dalam usaha menangani isu ini. CAPs telah menyuarakan kepada YB.Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna supaya Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah perlu digerakkan semula dalam usaha kerajaan untuk mendengar dan menyelesaikan isu-isu pengguna di peringkat setempat. Gesaan ini telah saya kemukakan semasa majlis dialog bersama YB.Datuk Mohd Shafie Hj.Apdal, Menteri KPDNHEP di Majlis Taklimat Isu Harga Barang yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 11 feb 2008. Kira-kira 1500 orang hadir terdiri dari wakil-wakil pertubuhan sukarela, NGO, parti politik, ketua-ketua jabatan di negeri Selangor dan W.Persekutuan. YB.Menteri telah mengakui bahawa majlis ini gagal berfungsi dan beliau berjanji akan menggerakkannya semula. CAPs mengharapkan janji YB.Menteri ini dapat dilaksanakan segera dan tidak perlu kita tunggu dan berlengah lagi hingga lepas pihanraya. YB.Menteri perlu memanggil mesyuarat segera dengan semua pengerusi dan setiausaha Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah dalam masa terdekat ini untuk membantu masyarakat pengguna bawahan 'grassroot' , bukan sahaja isu harga barang tetapi banyak lagi isu pengguna lain seperti kesihatan, alam sekitar, perumahan dan perkhidmatan dihadapi oleh pengguna di peringkat kawasan masih gagal diselesaikan.


MAJLIS TAKLIMAT ISU HARGA BARANG

11 feb 2008, bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, dianggarkan seramai lebih 1400 orang terdiri dari pemimpin masyarakat, NGO, Ketua-ketua Jabatan dan wakil-wakil pertubuhan politik telah menghadiri majlis taklimat isu harga barang yang disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Mohd Shafie b.Hj.Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Majlis yang berlangsung kira-kira 2 jam ini memberi peluang kepada YB Menteri memperjelaskan kepada wakil-wakil yang hadir tentang isu-isu yang berkait dan punca kenaikan harga barangan masakini. Beliau lebih memfokuskan taklimatnya kepada isu kenaikan harga minyak dipasaran dunia yang menjadi punca kepada kenaikan harga barangan di negara ini. Sesi soal jawab bersama beliau telah memberi peluang kepada wakil-wakil yang hadir meluahkan permasalahan, pandangan dan cadangan-cadangan untuk diambil tindakan oleh pihak KPDNHEP hingga ke akar umbi bagi membenteras masalah kenaikan harga barangan. Dalam sesi soal jawab, saya selaku wakil CAPs telah membangkitkan isu Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah yang ditubuhkan sekian lama tidak berfungsi dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai satu majlis yang memberi perlindungan kepada pengguna di peringkat daerah. CAPs menggesa kepada YB.Menteri supaya Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah diaktifkan semula agar isu-isu pengguna semasa tidak dipolitikan oleh pihak-pihak yang ingin mencari pengaruh

HAK PENGGUNA

1. HAK UNTUK KESELAMATAN;
2. HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT;
3.HAK UNTUK MENDAPAT KEMUDAHAN ASAS;
4. HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT;
5. HAK UNTUK MENDAPAT GANTIRUGI;
6.HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN;
7.HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA;
8. HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT
;