TANGANI DENGGI DAN KERACUNAN MAKANAN










Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberi perhatian serius kepada masalah ancaman penyakit demam denggi dan masalah kes keracunan makanan yang semakin tinggi di seluruh negara sejak akhir-akhir ini. Najib yang mempengerusikan Mesyuarat Keempat Jawatankuasa Kabinet Kebersihan dan Kesihatan Nasional di bangunan Parlimen semalam (09 July) telah menetapkan beberapa langkah bagi menangani kedua-dua masalah tersebut. Dalam usaha untuk melaksanakan langkah tindakan ini, CAPs mencadangkan supaya organisasi (NGOs) seperti PIBG perlu bertindak lebih proaktif yang memfokuskan peranannya sebagai 'watch-dog' dan melaksanakan kempen serta pemeriksaan berterusan di peringkat sekolah. Begitu juga dalam usaha membendung masalah denggi di kawasan sekolah serta sekitarnya maupun di kawasan komuniti, NGOs dan kumpulan komuniti perlu diwajibkan melaksanakan aktiviti gotong royong secara berterusan.

SUHAKAM SOKONG HIMPUNAN GERAKAN PROTES ANJURAN SUARAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad ini(6 July 2008),Pesuruhjayanya Datuk Siva Subramaniam berkata perhimpunan di padang tidak jauh dari kompleks membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya adalah "satu aktiviti yang sihat" dan tidak menjejaskan sesiapa, termasuklah pelancong"katanya, merujuk pendirian suruhanjaya itu yang menyokong kebebasan berhimpun seperti termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.