WAKIL CAPs DILANTIK MENJADI AHLI MAJLIS GERAKAN PENGGUNA SELANGOR




Dahulunya dikenali sebagai Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN) dan sekarang telah ditukar nama baru iaitu Gerakan Pengguna Negeri (GPN), telah dibuat penstrukturan semula yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Julai 2008. Tugas-tugas GPN merangkumi tiga (3) bidang tugas utama iaitu;
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi peringkat daerah;
2. Memberi pandangan kepada Kerajaan Negeri dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan;
3. Menyalurkan maklumat berkaitan kepenggunaan di peringkat negeri untuk perhatian KPDNHEP dan membawa isu-isu kepenggunaan untuk dibincang bersama dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
GPN Selangor telah mengadakan mesyuarat kali pertamanya pada 17 Dis 2008 bertempat di Hotel Blue Wave, Shah Alam. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dato' Dr.Jacob George dan En Ahmad Isa,selaku memangku Pengarah PPDN & HEP Selangor dilantik sebagai Pengerusi Bersama GPN Selangor. En.Ismail Abd Aziz mewakili Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling (CAPs) telah dilantik sebagai anggota GPN Selangor.