SEMINAR 'WANITA DAN KEPENGGUNAAN'





En.Ismail Aziz ,Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Petaling Jaya menyampaikan ucapan.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Gerakan Pengguna Petaling Jaya serta Persatuan Pengguna Dan Sosial Daerah Petaling (CAPs) telah menganjurkan satu seminar bertajuk ‘Wanita Dan Kepenggunaan” pada 30 hb mei 2009 bertempat di Hotel Shah Village, Petaling Jaya.

Seminar ini telah dihadiri seramai 150 orang peserta yang terdiri dari golongan wanita mewakili NGO seperti PERKEP, KEMAS, PUSPANITA,Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga, Madrasah dan ahli-ahli Persatuan Pengguna Daerah Petaling.

Seminar ini dianjurkan bertujuan:-
a) Memberi didikan dan kesedaran mengenai hak-hak pengguna;
b) Memberi didikan mengenai peranan sebagai pengguna yang arif dan bijak berbelanja;
c) Menyebarkan maklumat mengenai undang-undang berkaitan perlindungan pengguna dan saluran-saluran pengaduannya;
d) Berdialog mengenai masalah dan isu-isu pengguna semasa;

Dua sesi ceramah telah disampaikan diseminar ini. Penceramah dan tajuknya adalah seperti berikut:-

09.00 pagi : Ceramah 1: Tajuk :- Hak-hak Pengguna Dan Undang-undang Yang Melindunginya. Oleh YBhg.Prof.Dato’ Mohd Hamdan

11.00 pagi : Ceramah 2: Tajuk:- Wanita Dan Kepenggunaan. Oleh YBhg Prof.Dr.Rokiah Talib.
Tn.Haji Zainon Salleh, Pengarah KPDNKK Selangor merasmikan majlis penutop seminar.

Majlis penutop seminar telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Zainun B Salleh, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor. Turut hadir ialah Tn Hj.Ahmad B.Isa, Timbalan Pengarah PDNHEP Selangor, En.Ismail B.Abd Aziz,Pengerusi Gerakan Pengguna Petaling Jaya, En.Ruslan Hj Ahmad,Pengerusi CAPs, En.Mohd Ruhani B.Bakar, Ketua Penguatkuasa PDNHEP Caw.Petaling Jaya serta pegawai-pegawai penguatkuasa PDNHEP.

Melalui seminar ini para peserta telah mendapat kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengguna . Sebagai pemimpin dan penggerak masyarakat diperingkat kawasan, peserta juga akan memainkan peranan dalam menyedarkan kumpulan masyarakat dikawasan mereka tentang kepenggunaan dan membantu menyebarkan maklumat yang diperolehi dari seminar ini. Peserta juga telah mempunyai sedikit sebanyak maklumat untuk bertindak melindungi diri mereka sebagai pengguna jika tertipu. Adalah diharapkan juga para peserta yang telah menyertai seminar ini akan mula aktif diperingkat kawasan bagi menjalankan aktiviti kepenggunaan secara berterusan.




SEMINAR 'WANITA DAN KEPENGGUNAAN'

CAPs bersama Gerakan Pengguna Daerah Petaling (GPD) akan menganjurkan seminar bertajuk 'Wanita Dan Kepenggunaan' pada 30hb May 2009 bertempat di Hotel Shah Village, Petaling Jaya. YBhg.Prof Dato'Mohd Hamdan Hj Adnan, Penasihat FOMCA dan Prof Dr.Rokiah Talib akan menyampaikan ceramah di seminar ini. Seminar ini akan dihadiri oleh 100 orang wanita mewakili pelbagai NGO dan Jabatan Kerajaan. Seminar ini adalah percuma. Berminat untuk menyertai seminar ini sila hubungi 017-6255517 atau 03-79547427 (Hj.Shamsuddin)

GERAKAN PENGGUNA DAERAH PETALING DITUBUHKAN


Gerakan Pengguna Daerah Petaling (GPD) telah ditubuhkan pada 05 mei 2009. En.Ismail Abd Aziz,wakil CAPs telah dilantik sebagai Pengerusi GPD Petaling. Ahli-ahli GPD Petaling terdiri dari Datuk Bandar MBPJ, Ketua Polis IPD Petaling Jaya, Pegawai KEMAS Daerah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Petaling, Pegawai Penerangan Daerah, Jurutera Daerah JKR, Wakil Persatuan Penduduk , Persatuan Belia dan Kawasan Rukun Tetangga, Pegawai Perpaduan & Integrasi Nasional serta ERA Consumer Malaysia.

En.Ismail Abd Aziz, Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Petaling.