PANTAU HARGA MENJELANG PERAYAAN




























Pada 5hb Sept 2009, CAPS bersama Gerakan Pengguna Petaling Jaya serta pegawai-pegawai kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) telah mengadakan pemantauan harga dan bekalan makanan di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya serta Pasar Besar Sg.Way. Pemantauan ini bertujuan meninjau kadar harga makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran tidak berlaku kenaikkan yang tinggi serta para peniaga sentiasa mematuhi peraturan wajib meletakkan tanda harga serta alat timbang yang tepat timbangannya. Tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat samaada para peniaga telah menaikkan harga yang melebihi paras harga kawalan bagi barang-barang kawalan yang akan dikuatkuasakan pada 13hb Sept nanti. Keseluruhan pemantauan mendapati para peniaga masih menawarkan pada paras yang rendah. Walaubagaimanapun, kebimbangan CAPs ada berkemungkinan para peniaga akan meletakkan harga yang tinggi sebaik sahaja senarai harga barang kawalan diumumkan pada 13 Sept ini pada paras maxima harga kawalan sedangkan sebelumnya mereka boleh menawarkan pada harga yang lebih rendah. Pemantauan kali kedua dilakukan pada saat akhir menjelang perayaan iaitu pada 18hb Sept 2009 di Pasar Besar Jln. Othman. Didapati ada peniaga telah menaikkan harga ayam dan tomato ke paras maximum harga siling yang dibenarkan. Sedangkan sebelumnya mereka boleh menjual pada harga yang lebih rendah. Ini telah membuktikan para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga disebalik harga siling yang dibenarkan. Bagi peniaga-peniaga di kawasan-kawasan perumahan sekitar Taman Medan, mereka masih menjual harga lebih rendah dari harga siling. Temubual CAPs dengan peniaga tersebut mendapati ada kalangan mereka tidak tahu berapa harga siling sebenarnya dan ini menyebabkan mereka kekal dengan harga lama yang rendah.