MESYUARAT BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT DI KAWASAN

Gerakan Pengguna Daerah Petaling Jaya mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pemimpin-pemimpin setempat dalam usaha untuk mengadakan aktiviti kepengggunaan di peringkat kawasan. Mesyuarat ini juga telah meninjau kehendak dan keperluan aktiviti kepenggunaan yang boleh dilaksanakan di kawasan. Kelihatan dalam gambar, En.Mohd Ruhani sedang berbincang dengan pemimpin setempat di Flat Petaling Utama, Jln PJS 1/52, Petaling Jaya.


ANUGERAH DAN PENGHARGAAN PEMIMPIN MASYARAKAT BERJASA PETALING JAYA 2008/2009




















Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memberi anugerah dan penghargaan Pemimpin Masyarakat Berjasa Petaling Jaya 2008/2009 kepada Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Petaling Utama (En.Ismail Abdul Aziz). Anugerah ini telah diadakan dalam satu majlis pada 30hb Okt 2009 jam 8.00mlm bertempat di Dewan Banquet, MBPJ. Kawasan Rukun Tetangga Flat Petaling Utama juga turut menerima anugerah Kejiranan Terbaik bagi tempat ke 3. Sebanyak 25 organisasi KRT seluruh Petaling Jaya mengambil bahagian dalam pertandingan kejiranan dan kepimpinan terbaik tahun ini. Anugerah dan penghargaan telah disampaikan oleh YAB.Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan YBhg.Datuk Bandar MBPJ.