Bekalan air kian merosot di Lembah Klang?





SHAH ALAM 28 Julai - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meminta kerajaan negeri dan Persekutuan bekerjasama menangani masalah kemerosotan bekalan air yang semakin membimbangkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata, kerjasama tersebut perlu bagi mengelakkan krisis air menjadi semakin kronik daripada yang pernah dialami pada 1998.
Kata beliau, kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan juga perlu mengambil tindakan awal menjaga dan memulihara sumber air bagi memastikan krisis air dapat dielakkan.
"Kita akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan dalam masa terdekat bagi meminta langkah awal tersebut dapat dilaksanakan segera.
"Memorandum itu adalah hasil perbincangan meja bulat bersama Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN), Persatuan Pemantau Air Selangor dan Wilayah Persekutuan (S3W) dan Forum Air Selangor (FAM)," kata beliau.

JANGAN PERCAYA TAWARAN HADIAH READER'S DIGEST!!!



Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam, memerintahkan sebuah syarikat pengeluar majalah terkemuka, supaya memulangkan kembali wang berjumlah RM6,600 kepada seorang juruteknik pengeluaran terhadap kegagalan penerbitan itu memberi hadiah seperti ditawarkan. Presiden TTPM Siti Naaishah Hambali, memerintahkan Reader's Digest Malaysia memulangkan wang kepada Zul Iskandar Saudin Kasa, 32, sepenuhnya dalam tempoh 14 hari. Antara hadiah yang ditawarkan penerbitan majalah itu termasuklah kereta mewah, wang tunai dan juga pakej percutian ke Eropah. Namun, selepas hampir tiga tahun, mangsa berhabis RM7,500 untuk membeli barangan yang ditawarkan itu, beliau tidak pernah menerima sebarang hadiah seperti dinyatakan dalam surat dan katalog yang diterimanya.

AWAS PRODUK KECANTIKKAN!!



Berhati-hati sebelum membeli dan menggunakan sesuatu produk kecantikan bagi mengelakkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan dan kesan alergi akibat penggunaan produk kosmetik atau sebarang keraguan berhubung kualiti produk yang digunakan, disaran menghubungi BPFK di talian 03-7883 5532 / 5534 atau emel kepada potm@bpfk.gov.my.