Bengkel Kesedaran Kepenggunaan

CAPs bersama Gerakan Pengguna Daerah (Petaling Jaya) akan menganjurkan Bengkel Kesedaran Kepenggunaan kepada golongan belia pada 19-20hb Nov 2011 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini dibuka penyertaannya kepada golongan remaja/belia berumur 18 tahun -40 tahun yang mewakili persatuan belia dan CAPs. Sekiranya anda belia, dan berminat untuk menyertai bengkel ini sila hubungi 012-3040653

Bengkel Pemantapan Gerakan Pengguna/Rakan Pengguna








28-30hb Nov 2011.Morib.

KPDNKK menganjurkan Bengkel Pemantapan Gerakan Pengguna /Rakan Pengguna bertempat di Gold Coast Resort, Morib. Bengkel ini disertai 100 orang pemimpin Gerakan Pengguna Daerah dan Rakan Pengguna dari WPKL/Selangor /Putrajaya dan Perak. Pengerusi CAPs juga selaku Pengerusi Gerakan Pengguna Petaling Jaya turut menyertai bengkel ini. Bengkel 3 hari 2 malam ini telah membincangkan isu-isu kepenggunaan serta cadangan-cadangan bagi penambaikkan GPD /Rakan Pengguna.







KEM KESEDARAN KEPENGGUNAAN 2011

CAPs dengan kerjasama Gerakan Pengguna Daerah (Petaling Jaya) serta KPDNKK Selangor akan menganjurkan Kem Kesedaran kepenggunaan 2011 pada 19-20hb Nov 2011. Kem ini dianjurkan bertujuan memberi didikan dan kesedaran kepada golongan belia mengenai aspek kepenggunaan serta mewujudkan generasi belia yang berjimat cermat dalam aktiviti perbelanjaan. Kem ini dibuka penyertaannya kepada ahli-ahli persatuan belia serta belia (individu) yang berminat. Penyertaan adalah percuma . Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 012-3040653 (Ismail Aziz)