SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Saya dan semua AJK CAPs ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua, semoga di hari yang mulia ini kita memperolehi rahmat dan berkat serta kemenangan disisi Allah Yang Maha Esa.



BERHATI-HATI DIJALAN RAYA DAN SENTIASA BERJIMAT DALAM PERBELANJAAN!






Salam Aidil Fitri!






Dpd: Ismail Abdul Aziz

Pengerusi CAPs

Health Ministry to develop standard for swiftlet nest

Friday, August 5th, 2011 02:15:00

KUALA LUMPUR: A study is being carried out by the Health Ministry to develop a specific standard for swiftlet nest and its products under the Food Regulations 1985.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said this was to enhance consumers' confidence on the safety level of swiftlet nest and its products since it was a new industry.

"Safety and quality control of all swiftlet nest products will also be upgraded to ensure they are safe and of quality," he said in a statement here yesterday.

Bernama.

Pemantauan Ke Pasar Ramadhan






Petaling Jaya. 5 Ogos. CAPs bersama YB.Dato' Tan Lian Hoe, Timb.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan pemantauan serta kempen kesedaran kepenggunaan di Pasar Ramadhan Taman Medan, Petaling Jaya. Pemantauan ini bertujuan mempastikan para peniaga menjaga kepentingan pengguna terutamanya tidak menaikkan harga makanan serta menjaga kebersihan diri yang mematuhi peraturan PBT. Turut hadir ialah En.Osman Nawang, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, En. Ruhaini, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Petaling Jaya, pegawai-pegawai KPDNKK, pegawai-pegawai penguatkuasa MBPJ , AJK CAPs serta wakil-wakil media.

KEK LAPIS SERAWAK ADA DNA BABI




KUCHING: Lebih 400 pengusaha pengusaha kek lapis di negeri ini yang pernah menggunakan mentega berjenama terkenal disahkan mengandungi asid deoksiribunuklik (DNA) babi, diarahkan menyamak peralatan serta melupuskan stok walaupun ada pengusaha memiliki stok bernilai jutaan ringgit.
Arahan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) itu memberi tumpuan terhadap pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega berkenaan supaya melakukan kerja menyucikan bekas atau kelengkapan yang digunakan mengikut hukum syarak.



Ujian berkenaan dibuat di makmal dalam negara dan disahkan mengandungi DNA babi. Jadi, wajib bagi MIS memaklumkan hal ini kepada semua umat Islam di Malaysia dan Jakim perlu mengeluar kenyataan susulan,” katanya.

Tempat tumpuan bulan Ramadan perlu bebas Aedes

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini menyeru jawatankuasa setempat, agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan tempat-tempat tumpuan awam pada bulan Ramadan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan ramai pada bulan ini adalah pasar Ramadan, masjid, surau serta pusat membeli belah.
"Ini kerana tempat-tempat tumpuan ini dikunjungi orang ramai, khususnya pada lewat petang atau senja yang merupakan waktu puncak bagi nyamuk Aedes untuk menggigit," katanya, di sini hari ini. Menurut beliau, sehubungan dengan itu aktiviti pembersihan hendaklah dijalankan setiap minggu di kawasan terlibat selain memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik dalam kolam takungan kekal seperti surau dan masjid.

Belanja secara berhemah



KUALA LUMPUR 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pihak agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan ini.