Hal ehwal pengguna yang selama ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu di pindahkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. CAPs menyokong cadangan FOMCA (Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia) supaya hal ehwal kepenggunaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah untuk mempastikan hak-hak pengguna benar-benar terjamin dan memandangkan juga kepentingan hak-hak pengguna banyak melibatkan tindakan pelbagai agensi kerajaan. Sekiranya hal ehwal pengguna ini dibawah Jabatan Perdana Menteri, sudah tentu penyelarasan tindakan secara pentadbiran dan pemantauan keatas keberkesanan jabatan-jabatan tertentu melaksanakan tanggungjawab memberi perkhidmatan dan perlindungan pengguna dapat dilakukan secara lebih berkesan.
Keadaan sekarang yang mana bidang kepenggunaan dibawah KPDNKK tidak dapat menunjukkan benar-benar hak dan perlindungan pengguna dilindungi. KPDNKK terlalu banyak bahagian yang bercampur aduk dengan menjaga kepentingan perniagaan. Dalam masa yang sama KPDNKK memfokuskan perkembangan perniagaan runcit, koperasi dan KRIM .
Sehubungan ini juga saya mencadangkan supaya cadangan hal ehwal pengguna di pindah ke Jabatan Perdana Menteri dapat dilaksanakan secepat mungkin sebelum PRU13 dan pihak kerajaan khusunya KPDNKK dapat menerima cadangan ini dengan sikap yang terbuka demi perlindungan pengguna di negara ini.
No comments:
Post a Comment