PEMAJU PETER'S BRICKWORKS TIPU PENGGUNA



Sudah lima tahun 28 orang pembeli tingkat bawah unit Rumah Kos Rendah Flat Petaling Utama, Jln.PJS 1/52, Petaling Jaya masih menunggu pembayaran dari pemaju Peters Brickworks Sdn.Bhd kerana keluasan rumah tersebut bagi tingkat bawah hanya 650 sqft dan tingkat atas 750 sqft sedangkan harga dijual ialah samarata dengan tingkat atas beharga RM42 ribu.

CAPs menerima aduan ini dari para penduduk terlibat iaitu mereka kesal di atas sikap pemaju tidak menepati janji dan telah menipu mereka . Terdahulu, CAPs menerima aduan dari Persatuan Penduduk-Penduduk & Kebajikan Blok C & D Petaling Utama yang telah beberapa kali membangkitkan isu ini kepada Kerajaan Negeri Selangor (Khir Toyo) dan telah menjanjikan isu ini akan diselesaikan secepat mungkin. Tapi hingga hari ini tiada apa-apa tindakan penyelesaian. Persatuan penduduk mengatakan bahawa mereka dipermainkan oleh isu politik dan pemaju cabar pembeli untuk ambil lawyer .Pihak MBPJ pula lepas tangan sekarang dalam membantu menyelesaikan isu ini.


Gambar diatas:tiga dari kiri penulis blog sedang menyelaraskan sesi dialog bersama penduduk.

No comments: