Persatuan Pengguna Dan Sosial Daerah Petaling, Selangor (CAPs) No.Pen:0917-07-SEL Ahli Gabungan FOMCA Tel: 012-3210638 email:capspetaling@yahoo.com web:http://suaracaps.blogspot.com
TAMATKAN PERMIT BAS DUA TINGKAT SEGERA!
Negara dikejutkan dengan kemalangan maut sebuah bas ekspres yang meragut 10 nyawa setelah kenderaan tersebut terbabas dan merempuh pembahagi jalan akibat pemandunya terlelap. Seramai 10 orang yang terbunuh iaitu:-
Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor
Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah
Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor
Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis
Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor
Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah
Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.
Inna lilah wa inna ilayhi roji’uun..
Pelbagai reaksi dari orang ramai dan pemimpin masyarakat, individu mengenai isu ini. Pelbagai faktor di cadangkan, seharusnyalah perlu juga langkah tindakan segera di lakukan, pihak tertinggi Kerajaan perlu melalakukan segera memanggil semua Pengarah syarikat kenderaan Bas Ekspress yang mempunyai bas dua tingkat bagi perjalanan jauh, untuk berbincang rumusan-rumusan cadangan umum dan saranan pemimpin dalam isu ini sekarang.
Suara CAPs mencadangkan supaya tamatkan permit baru bas 2 tingkat bagi perjalanan jauh dan kurangkan waktu perjalanan serta wajibkan semua kenderaan bas ekspress mempunyai 2 orang pemandu bersama dalam kenderaan tersebut dan ada jadual waktu dan tempat rehat di paparkan kepada pembeli-pembeli tiket di hentian jualan tiket.
Sebagai langkah tidak merugikan syarikat terbabit, pihak kerajaan perlu dan boleh menyediakan laluan-laluan baru di ibu kota dan pusat bandaraya serta kawasan bandar-bandar utama di negara ini.
Apa pandangan anda? suarakan!!
2010 TANPA KAD KREDIT!
Alaf baru 2010, pengguna harus bertindak menyokong dan bersama kita berazam serta mula memboikot tidak menggunakan kad kredit dalam aktiviti perbelanjaan mulai January 2010.
CAPs akan terus menyiarkan melalui laman blog ini isu-isu dan pandangan orang ramai sebagai langkah menyokong tindakan 2010 TANPA KAD KREDIT.
CAPs akan terus menyiarkan melalui laman blog ini isu-isu dan pandangan orang ramai sebagai langkah menyokong tindakan 2010 TANPA KAD KREDIT.
JANGAN GUNA KAD KREDIT
Mulai 1 Jan 2010, pengguna kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan RM50.00. kenapa perlu kita membayarnya? CAPs meminta supaya para pengguna tidak menggunakan kad kredit sebagai langkah memboikot caj perkhidmatan ini. Jangan kita terpedaya dengan pelbagai promosi institusi kewangan yang sedang rancak sekarang ini dengan promosi yang memperdayakan kita supaya berbelanja lebih. Ingatlah, penggunaan kad kredit bukanlah menyenangkan sebaliknya membebankan kita. Ianya hanya sesuai untuk pengguna kaya dan mewah yang mempunyai pendapatan bulanan lebih RM8K. Bagi pengguna yang baru kerja gaji lebih kurang RM1,500K ke RM 3K, janganlah cari pasal, padah hutang anda dapat yang menjerut leher ke tindakan mahkamah.
CERAMAH PENGGUNA DI KAWASAN
Pada 15hb Nov 2009, Gerakan Pengguna Daerah Petaling Jaya bersama CAPs serta Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai, PJS 1 Petaling Jaya menganjurkan majlis Ceramah Pengguna kepada penduduk yang terdiri dari golongan wanita. seramai 100 orang hadir. Penceramah jemputan ialah Y.Bhg.Prof Datuk Mohd Hamdan Hj Adnan, Penasihat FOMCA, Pegawai dari Tribunal Tuntutan Pengguna, Shah Alam. Majlis ini telah diselaraskan dengan kerjasama CAPs serta Persatuan Penduduk Pangsapuri Permai. Melalui majlis ceramah ini para peserta telah mendapat kesedaran dan pengetahuan mengenai hak-hak pengguna serta dapat mengusulkan permasalahan mereka berkaitan hal-hal kepenggunaan di peringkat kawasan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)