TAMATKAN PERMIT BAS DUA TINGKAT SEGERA!
















Negara dikejutkan dengan kemalangan maut sebuah bas ekspres yang meragut 10 nyawa setelah kenderaan tersebut terbabas dan merempuh pembahagi jalan akibat pemandunya terlelap. Seramai 10 orang yang terbunuh iaitu:-
Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor
Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah
Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor
Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis
Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor
Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah
Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.

Inna lilah wa inna ilayhi roji’uun..


Pelbagai reaksi dari orang ramai dan pemimpin masyarakat, individu mengenai isu ini. Pelbagai faktor di cadangkan, seharusnyalah perlu juga langkah tindakan segera di lakukan, pihak tertinggi Kerajaan perlu melalakukan segera memanggil semua Pengarah syarikat kenderaan Bas Ekspress yang mempunyai bas dua tingkat bagi perjalanan jauh, untuk berbincang rumusan-rumusan cadangan umum dan saranan pemimpin dalam isu ini sekarang.

Suara CAPs mencadangkan supaya tamatkan permit baru bas 2 tingkat bagi perjalanan jauh dan kurangkan waktu perjalanan serta wajibkan semua kenderaan bas ekspress mempunyai 2 orang pemandu bersama dalam kenderaan tersebut dan ada jadual waktu dan tempat rehat di paparkan kepada pembeli-pembeli tiket di hentian jualan tiket.

Sebagai langkah tidak merugikan syarikat terbabit, pihak kerajaan perlu dan boleh menyediakan laluan-laluan baru di ibu kota dan pusat bandaraya serta kawasan bandar-bandar utama di negara ini.
Apa pandangan anda? suarakan!!

No comments: