BANGUNAN Apartmen Lagoon Perdana, Subang Jaya kelihatan indah, tetapi tiada siapa yang tahu penduduknya mengalami 1001 masalah akibat JMB apartmen itu gagal berfungsi.
Hampir 15 tahun menghuni Apartmen Lagoon Perdana, disini bukan keselesaan dinikmati, sebaliknya 1001 masalah terpaksa ditanggung penduduk. Bermula dengan kerja-kerja penyenggaraan tidak terurus hingga berkait soal keselamatan.Kesemua ini gara-gara Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang diharap dapat menyelesaikan masalah ditanggung penghuni, didakwa gagal berfungsi.Penghuni mendakwa berasa teraniaya kerana sudahlah terpaksa membayar wang penyenggaraan sebanyak RM84 setiap bulan kepada JMB, janji ditabur pula gagal dikota.
No comments:
Post a Comment