ANUGERAH DAN PENGHARGAAN PEMIMPIN MASYARAKAT BERJASA PETALING JAYA 2008/2009




















Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memberi anugerah dan penghargaan Pemimpin Masyarakat Berjasa Petaling Jaya 2008/2009 kepada Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Petaling Utama (En.Ismail Abdul Aziz). Anugerah ini telah diadakan dalam satu majlis pada 30hb Okt 2009 jam 8.00mlm bertempat di Dewan Banquet, MBPJ. Kawasan Rukun Tetangga Flat Petaling Utama juga turut menerima anugerah Kejiranan Terbaik bagi tempat ke 3. Sebanyak 25 organisasi KRT seluruh Petaling Jaya mengambil bahagian dalam pertandingan kejiranan dan kepimpinan terbaik tahun ini. Anugerah dan penghargaan telah disampaikan oleh YAB.Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan YBhg.Datuk Bandar MBPJ.

CERAMAH KEPENGGUNAAN DAN KESIHATAN










<
CAPs bersama Gerakan Pengguna Petaling Jaya serta Kawasan Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk Flat Petaling Utama, PJS 1/52, Petaling Jaya telah menganjurkan majlis Ceramah Kepenggunaan Dan Kesihatan pada 25 Okt 2009 bertempat di Blok C, Flat Petaling Utama, Jln.PJS 1/52, Petaling Jaya. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna yang disampaikan oleh En.Ismail Abdul Aziz dan mengenai peranan KPDNKK oleh En.Mohd Ruhaini serta ceramah kesihatan disampaikan oleh Dr.Rashimah Ismail dari Jabatan Kesihatan Daerah Petaling. Disamping ceramah sudut pameran barang-barang tiruan dan asli serta pameran aedes turut diadakan. Majlis ini telah dihadiri oleh para penduduk dan pemimpin NGO setempat.

PANTAU HARGA MENJELANG PERAYAAN




























Pada 5hb Sept 2009, CAPS bersama Gerakan Pengguna Petaling Jaya serta pegawai-pegawai kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) telah mengadakan pemantauan harga dan bekalan makanan di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya serta Pasar Besar Sg.Way. Pemantauan ini bertujuan meninjau kadar harga makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran tidak berlaku kenaikkan yang tinggi serta para peniaga sentiasa mematuhi peraturan wajib meletakkan tanda harga serta alat timbang yang tepat timbangannya. Tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat samaada para peniaga telah menaikkan harga yang melebihi paras harga kawalan bagi barang-barang kawalan yang akan dikuatkuasakan pada 13hb Sept nanti. Keseluruhan pemantauan mendapati para peniaga masih menawarkan pada paras yang rendah. Walaubagaimanapun, kebimbangan CAPs ada berkemungkinan para peniaga akan meletakkan harga yang tinggi sebaik sahaja senarai harga barang kawalan diumumkan pada 13 Sept ini pada paras maxima harga kawalan sedangkan sebelumnya mereka boleh menawarkan pada harga yang lebih rendah. Pemantauan kali kedua dilakukan pada saat akhir menjelang perayaan iaitu pada 18hb Sept 2009 di Pasar Besar Jln. Othman. Didapati ada peniaga telah menaikkan harga ayam dan tomato ke paras maximum harga siling yang dibenarkan. Sedangkan sebelumnya mereka boleh menjual pada harga yang lebih rendah. Ini telah membuktikan para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga disebalik harga siling yang dibenarkan. Bagi peniaga-peniaga di kawasan-kawasan perumahan sekitar Taman Medan, mereka masih menjual harga lebih rendah dari harga siling. Temubual CAPs dengan peniaga tersebut mendapati ada kalangan mereka tidak tahu berapa harga siling sebenarnya dan ini menyebabkan mereka kekal dengan harga lama yang rendah.





SEMINAR 'WANITA DAN KEPENGGUNAAN'





En.Ismail Aziz ,Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Petaling Jaya menyampaikan ucapan.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Gerakan Pengguna Petaling Jaya serta Persatuan Pengguna Dan Sosial Daerah Petaling (CAPs) telah menganjurkan satu seminar bertajuk ‘Wanita Dan Kepenggunaan” pada 30 hb mei 2009 bertempat di Hotel Shah Village, Petaling Jaya.

Seminar ini telah dihadiri seramai 150 orang peserta yang terdiri dari golongan wanita mewakili NGO seperti PERKEP, KEMAS, PUSPANITA,Persatuan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga, Madrasah dan ahli-ahli Persatuan Pengguna Daerah Petaling.

Seminar ini dianjurkan bertujuan:-
a) Memberi didikan dan kesedaran mengenai hak-hak pengguna;
b) Memberi didikan mengenai peranan sebagai pengguna yang arif dan bijak berbelanja;
c) Menyebarkan maklumat mengenai undang-undang berkaitan perlindungan pengguna dan saluran-saluran pengaduannya;
d) Berdialog mengenai masalah dan isu-isu pengguna semasa;

Dua sesi ceramah telah disampaikan diseminar ini. Penceramah dan tajuknya adalah seperti berikut:-

09.00 pagi : Ceramah 1: Tajuk :- Hak-hak Pengguna Dan Undang-undang Yang Melindunginya. Oleh YBhg.Prof.Dato’ Mohd Hamdan

11.00 pagi : Ceramah 2: Tajuk:- Wanita Dan Kepenggunaan. Oleh YBhg Prof.Dr.Rokiah Talib.
Tn.Haji Zainon Salleh, Pengarah KPDNKK Selangor merasmikan majlis penutop seminar.

Majlis penutop seminar telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Hj Zainun B Salleh, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor. Turut hadir ialah Tn Hj.Ahmad B.Isa, Timbalan Pengarah PDNHEP Selangor, En.Ismail B.Abd Aziz,Pengerusi Gerakan Pengguna Petaling Jaya, En.Ruslan Hj Ahmad,Pengerusi CAPs, En.Mohd Ruhani B.Bakar, Ketua Penguatkuasa PDNHEP Caw.Petaling Jaya serta pegawai-pegawai penguatkuasa PDNHEP.

Melalui seminar ini para peserta telah mendapat kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengguna . Sebagai pemimpin dan penggerak masyarakat diperingkat kawasan, peserta juga akan memainkan peranan dalam menyedarkan kumpulan masyarakat dikawasan mereka tentang kepenggunaan dan membantu menyebarkan maklumat yang diperolehi dari seminar ini. Peserta juga telah mempunyai sedikit sebanyak maklumat untuk bertindak melindungi diri mereka sebagai pengguna jika tertipu. Adalah diharapkan juga para peserta yang telah menyertai seminar ini akan mula aktif diperingkat kawasan bagi menjalankan aktiviti kepenggunaan secara berterusan.




SEMINAR 'WANITA DAN KEPENGGUNAAN'

CAPs bersama Gerakan Pengguna Daerah Petaling (GPD) akan menganjurkan seminar bertajuk 'Wanita Dan Kepenggunaan' pada 30hb May 2009 bertempat di Hotel Shah Village, Petaling Jaya. YBhg.Prof Dato'Mohd Hamdan Hj Adnan, Penasihat FOMCA dan Prof Dr.Rokiah Talib akan menyampaikan ceramah di seminar ini. Seminar ini akan dihadiri oleh 100 orang wanita mewakili pelbagai NGO dan Jabatan Kerajaan. Seminar ini adalah percuma. Berminat untuk menyertai seminar ini sila hubungi 017-6255517 atau 03-79547427 (Hj.Shamsuddin)

GERAKAN PENGGUNA DAERAH PETALING DITUBUHKAN


Gerakan Pengguna Daerah Petaling (GPD) telah ditubuhkan pada 05 mei 2009. En.Ismail Abd Aziz,wakil CAPs telah dilantik sebagai Pengerusi GPD Petaling. Ahli-ahli GPD Petaling terdiri dari Datuk Bandar MBPJ, Ketua Polis IPD Petaling Jaya, Pegawai KEMAS Daerah, Pegawai Pendidikan, Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Petaling, Pegawai Penerangan Daerah, Jurutera Daerah JKR, Wakil Persatuan Penduduk , Persatuan Belia dan Kawasan Rukun Tetangga, Pegawai Perpaduan & Integrasi Nasional serta ERA Consumer Malaysia.

En.Ismail Abd Aziz, Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Petaling.

WAKIL CAPs DILANTIK MENJADI AHLI MAJLIS GERAKAN PENGGUNA SELANGOR




Dahulunya dikenali sebagai Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN) dan sekarang telah ditukar nama baru iaitu Gerakan Pengguna Negeri (GPN), telah dibuat penstrukturan semula yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Julai 2008. Tugas-tugas GPN merangkumi tiga (3) bidang tugas utama iaitu;
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan bagi peringkat daerah;
2. Memberi pandangan kepada Kerajaan Negeri dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan;
3. Menyalurkan maklumat berkaitan kepenggunaan di peringkat negeri untuk perhatian KPDNHEP dan membawa isu-isu kepenggunaan untuk dibincang bersama dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.
GPN Selangor telah mengadakan mesyuarat kali pertamanya pada 17 Dis 2008 bertempat di Hotel Blue Wave, Shah Alam. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dato' Dr.Jacob George dan En Ahmad Isa,selaku memangku Pengarah PPDN & HEP Selangor dilantik sebagai Pengerusi Bersama GPN Selangor. En.Ismail Abd Aziz mewakili Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling (CAPs) telah dilantik sebagai anggota GPN Selangor.