BERJIMAT LEPAS RAYA

Dah masuk seminggu kita beraya, nampaknya suasana bekerja telah mula kelihatan dan masih ada juga bercuti panjang. Walau apapun, ramai pengguna dah mula kering pokek duit banyak habis sebelum raya dengan persiapan keperluan hari raya. Hutang bulanan seperti ansuran kereta, motor,personal loan, insuran, ansuran barangan erabot dan letrik, pinjaman perumahan, bil letrik, air, astro, building maintenance dan pelbagai lagi harus di bayar segera kerana tunggakkan menanti
Credit card limit telah habis digunakan. Seorang pengguna mengeluh kepada saya menceritakan peritnya dia sekarang ini dan bertanyakan dimanakah dia boleh buat pinjaman tunai RM 100 untuk beli beras dan barang dapur  dan nak tuang minyak kereta.
Sedih jugak dengar cerita seorang Kerani swasta , tapi soalnya kenapa dia tak merancang betul-betul perbelanjaannnya? soalan ini ada jawapannya bagi dia kerana terpaksa berbelanja untuk pakaian, kueh mueh, duit raya anak-anak , makanan daging dan ayam, dan inginkan keluarga bergembira di hari raya.

GUNA BANGLA UNTUK SEMBELIH AYAM DI PASAR BESAR JLN OTHMAN, PETALING JAYA.


CAPs menggesa supaya Majlis Ugama Islam Selangor (MAIS)memantau dan menhentikan perkhidmatan penyembelihan ayam dikalangan pekerja asing di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya. Tinjauan saya bersama pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini mendapati peniaga runcit di pasar tersebut menggunakan khidmat pekerja asing dari bangladesh untuk menyembelih ayam sebelum dijual kepada pengguna. CAPs bimbang jika pekerja asing yang melakukan penyembelihan akan timbul keraguan di kalangan pembeli yang mana mungkin tidak mengikut hukum syarak sebenarnya yang melibatkan kebersihan dan cara penyembelihan ayam dan kematiannya. Penyembelih juga tidak mempunyai dokumen pekerjaan yang lengkap dan peniaga runcit tidak mempamerkan gambar penyembelih di gerai jualan. CAPs menerima aduan ada kalanya ketika jumlah ayam banyak untuk disembelih, penyembelih mengambil jalan mudah dengan merendamkan ayam yang baru disembelih ke dalam tong berisi air  supaya ayam tersebut cepat mati.  MAIS perlu memberi khidmat ini kepada orang tempatan berugama Islami  yang benar-benar berpengalaman dan disahkan layak menjadi penyembelih. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu mengeluarkan lesen khas dan maklumat penyembelih perlu dipaparkan kepada pembeli di gerai jualan ayam. Penyembelih juga perlu ditemuduga oleh MAIS terlebih dahulu sebelu lesen dikeluarkan.

CAPs menggesa pihak MAIS dan MBPJ menjalankan operasi segera ke pasar-pasar tempat jualan ayam menjelang musim perayaan ini memandangkan permintaan ayam amat tinggi dikalangan pengguna sekarang ini dan sudah tentu ayam yang disembelih terlalu banyak dan penyembelih ambil cara mudah menyembelih tanpa mematuhi hukum syarak.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI




HASIL PEMANTAUAN BARANGAN KAWALAN MUSIM PERAYAAN DI PASAR BESAR JLN OTHMAN, PETALING JAYA. PADA: 12HB OGOS 2012

 Pada 12hb Ogos 2012, jam 10.30 pagi, Gerakan Pengguna daerah (Petaling Jaya) bersama Persatuan Pengguna & Sosial daerah Petaling (CAPs) serta pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan pemantauan harga barangan seperti ayam, ikan dan daging di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya.

 Pemantauan mendapati majoriti peniaga meletakkan harga baru bagi barangan kawalan dan mengikuti harga maksimum yang diwartakan. Walaubagaimanapun ,masih terdapat segelintir peniaga yang tidak mematuhi peraturan seperti dacing timbangan yang telah tamat tempoh. Tinjauan ke tempat penyembelihan ayam mendapati pekerja asing berugama Islam yang melakukan penyembelihan ayam.

 CAPs meminta supaya Majlis Ugama Islam Selangor (MAIS)memantau dan menhentikan perkhidmatan penyembelihan ini dikalangan pekerja asing sebaliknya MAIS perlu memberi khidmat ini kepada orang tempatan berugama Islam.. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu mengeluarkan lesen khas dan maklumat penyembelih perlu dipaparkan kepada pembeli di gerai jualan ayam. CAPs bimbang jika pekerja asing yang melakukan penyembelihan akan timbul keraguan di kalangan pembeli yang mana mungkin tidak mengikut hukum syarak sebenarnya yang melibatkan kebersihan dan cara penyembelihan ayam dan kematiannya.

 Bagi mengelakkan kenaikkan harga berlaku disaat akhir persiapan syawal nanti, para pengguna dinasihatkan tidak membeli terlalu banyak bekalan makanan seperti ayam dan ikan. Jika terlalu banyak permintaan akan menyumbang kepada kekurangan bekalan dan para peniaga mengenakan harga yang tinggi bagi meraih keuntungan. KPDNKK akan terus memantau setiap hari dan mengharapkan para pengguna membuat aduan segera kepada pejabat KPDNKK berhampiran atau melalui talipon talian aduan 1800-886-800 atau http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/ jika berlaku kenaikkan harga dan penipuan.

 Dua puloh (20) jenis barangan basah dan kering telah di senaraikan dibawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini. Tempoh kawalan ini bermula 12hb hingga 28 Ogos ini.