HASIL PEMANTAUAN BARANGAN KAWALAN MUSIM PERAYAAN DI PASAR BESAR JLN OTHMAN, PETALING JAYA. PADA: 12HB OGOS 2012

 Pada 12hb Ogos 2012, jam 10.30 pagi, Gerakan Pengguna daerah (Petaling Jaya) bersama Persatuan Pengguna & Sosial daerah Petaling (CAPs) serta pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan pemantauan harga barangan seperti ayam, ikan dan daging di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya.

 Pemantauan mendapati majoriti peniaga meletakkan harga baru bagi barangan kawalan dan mengikuti harga maksimum yang diwartakan. Walaubagaimanapun ,masih terdapat segelintir peniaga yang tidak mematuhi peraturan seperti dacing timbangan yang telah tamat tempoh. Tinjauan ke tempat penyembelihan ayam mendapati pekerja asing berugama Islam yang melakukan penyembelihan ayam.

 CAPs meminta supaya Majlis Ugama Islam Selangor (MAIS)memantau dan menhentikan perkhidmatan penyembelihan ini dikalangan pekerja asing sebaliknya MAIS perlu memberi khidmat ini kepada orang tempatan berugama Islam.. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu mengeluarkan lesen khas dan maklumat penyembelih perlu dipaparkan kepada pembeli di gerai jualan ayam. CAPs bimbang jika pekerja asing yang melakukan penyembelihan akan timbul keraguan di kalangan pembeli yang mana mungkin tidak mengikut hukum syarak sebenarnya yang melibatkan kebersihan dan cara penyembelihan ayam dan kematiannya.

 Bagi mengelakkan kenaikkan harga berlaku disaat akhir persiapan syawal nanti, para pengguna dinasihatkan tidak membeli terlalu banyak bekalan makanan seperti ayam dan ikan. Jika terlalu banyak permintaan akan menyumbang kepada kekurangan bekalan dan para peniaga mengenakan harga yang tinggi bagi meraih keuntungan. KPDNKK akan terus memantau setiap hari dan mengharapkan para pengguna membuat aduan segera kepada pejabat KPDNKK berhampiran atau melalui talipon talian aduan 1800-886-800 atau http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/ jika berlaku kenaikkan harga dan penipuan.

 Dua puloh (20) jenis barangan basah dan kering telah di senaraikan dibawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini. Tempoh kawalan ini bermula 12hb hingga 28 Ogos ini.


No comments: