CAPs menggesa supaya Majlis Ugama Islam Selangor
(MAIS)memantau dan menhentikan perkhidmatan penyembelihan ayam dikalangan
pekerja asing di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya. Tinjauan saya bersama
pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) baru-baru ini mendapati peniaga runcit di pasar tersebut menggunakan
khidmat pekerja asing dari bangladesh untuk menyembelih ayam sebelum dijual
kepada pengguna. CAPs bimbang jika pekerja asing yang melakukan penyembelihan
akan timbul keraguan di kalangan pembeli yang mana mungkin tidak mengikut hukum
syarak sebenarnya yang melibatkan kebersihan dan cara penyembelihan ayam dan
kematiannya. Penyembelih juga tidak mempunyai dokumen pekerjaan yang lengkap
dan peniaga runcit tidak mempamerkan gambar penyembelih di gerai jualan. CAPs
menerima aduan ada kalanya ketika jumlah ayam banyak untuk disembelih,
penyembelih mengambil jalan mudah dengan merendamkan ayam yang baru disembelih
ke dalam tong berisi air supaya ayam
tersebut cepat mati. MAIS perlu memberi
khidmat ini kepada orang tempatan berugama Islami yang benar-benar berpengalaman dan disahkan
layak menjadi penyembelih. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu
mengeluarkan lesen khas dan maklumat penyembelih perlu dipaparkan kepada
pembeli di gerai jualan ayam. Penyembelih juga perlu ditemuduga oleh MAIS
terlebih dahulu sebelu lesen dikeluarkan.
CAPs menggesa pihak MAIS dan MBPJ menjalankan operasi segera
ke pasar-pasar tempat jualan ayam menjelang musim perayaan ini memandangkan
permintaan ayam amat tinggi dikalangan pengguna sekarang ini dan sudah tentu
ayam yang disembelih terlalu banyak dan penyembelih ambil cara mudah
menyembelih tanpa mematuhi hukum syarak.
No comments:
Post a Comment