Hampir 15 tahun menghuni Apartmen Lagoon Perdana, disini bukan keselesaan dinikmati,

BANGUNAN Apartmen Lagoon Perdana, Subang Jaya kelihatan indah, tetapi tiada siapa yang tahu penduduknya mengalami 1001 masalah akibat JMB apartmen itu gagal berfungsi.
Hampir 15 tahun menghuni Apartmen Lagoon Perdana, disini bukan keselesaan dinikmati, sebaliknya 1001 masalah terpaksa ditanggung penduduk. Bermula dengan kerja-kerja penyenggaraan tidak terurus hingga berkait soal keselamatan.Kesemua ini gara-gara Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang diharap dapat menyelesaikan masalah ditanggung penghuni, didakwa gagal berfungsi.Penghuni mendakwa berasa teraniaya kerana sudahlah terpaksa membayar wang penyenggaraan sebanyak RM84 setiap bulan kepada JMB, janji ditabur pula gagal dikota.

GERAKAN MEMPERKASA KELAB PENGGUNA..

Jadikan Kelab Pengguna Sekolah satu platform dialog isu-isu kepenggunaan yang pelajar perlu tahu sebagai seorang pengguna yang bijak. CAPs menyeru guru-guru penasihat Kelab Pengguna Sekolah dapat membantu dalam memperkasakan idea-idea bernas pelajar dalam isu-isu kepenggunaan yang mana mampu mungkin memahami isu pengguna global dimasa akan datang.
..mari kita bincangkan apakah langkah dan strategi melaksanakannya secara berkesan...

hello..are we ready for election, i think as person like me not holding any post and roles to play in POLITICS.. lets us my friend openly we talk about wright candidate AND DIRTY MIND PLAYERS...

HANDPHONE TIRUAN -PENGGUNA TERTIPU- boleh disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a)) Akta Perihal Dagangan 1972 dan juga Akta Kawalan .



SAMBUTAN HARI WANITA PANGSAPURI DAMAI SENJA




15 APRIL. KRT Pangsapuri Damai Senja, Petaling Utama,PJ menganjurkan Sambutan Hari Wanita diperingkat komuniti. Sempena majlis sambutan ini , saya telah menyampaikan ceramah Hak-hak Pengguna. En.Muhd Ruhani Ketua Penguatkuasa KPDNKK menyampaikan ceramah mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna. Turut hadir Pn Azura dari AADK P.Jaya. Majlis dirasmikan oleh Datin Wong dari MCA PJ Selatan. Majlis telah diselaraskan oleh En.Sathivello, Pengerusi KRT damai Senja.

Akta Farmasi yang sedang digubal dan menggabungkan lima akta sedia ada memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan menangani masalah lambakan ubat dan produk kosmetik tidak berdaftar dan tiruan, termasuk produk dijual secara online.

Sistem pendidikan perlu dirombak



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pendidikan negara perlu dirombak kerana sudah sampai ke satu tahap yang memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar. Perdana Menteri berkata, langkah ini sejajar proses transformasi negara bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran masa akan datang.



“Transformasi ke arah negara bermaklumat, negara inovasi, berpendapatan tinggi dan berdaya saing memerlukan transformasi sistem pendidikan terutama mengenai cara kita belajar dan mengajar.
Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada ‘hafalan’ perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri sendiri. “Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakan generasi hari ini untuk dunia yang akan datang,” katanya berucap pada majlis pelancaran Program I-Think, di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.