Manifesto ini merupakan
julung-julung kalinya diterbitkan oleh FOMCA bagi membantu parti politik dan
calon-calon pilihan raya untuk menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan
kepenggunaan dalam manifesto pilihan raya masing-masing serta semasa kempen
pilihan raya. FOMCA berharap
isu-isu yang disuarakan dalam Manifesto ini diberikan perhatian oleh semua
parti politik yang bertanding kerana ia merupakan isu yang diberikan perhatian
utama oleh pengguna, yang juga merupakan pengundi pilihan raya. Dalam merangka manifesto tersebut, FOMCA menggunakan lapan hak pengguna sebagai landasan. Bagi setiap hak tersebut, diutarakan isu-isu kepenggunaan yang berkaitan.
Persatuan Pengguna Dan Sosial Daerah Petaling, Selangor (CAPs) No.Pen:0917-07-SEL Ahli Gabungan FOMCA Tel: 012-3210638 email:capspetaling@yahoo.com web:http://suaracaps.blogspot.com
PENIPUAN BELI RUMAH
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Sebanyak 90 pembeli asal unit Kondominium
Mas Kiara di Taman Tun Dr. Ismail di sini mendakwa pemaju baru projek itu telah
menjual rumah mereka dengan harga berlipat kali ganda daripada harga asal
kepada pembeli kedua tanpa pengetahuan mereka. Projek tersebut
terbengkalai pada 2001 disebabkan pemaju asal telah bankrap. Pihak tuan tanah
telah melantik pemaju baru iaitu untuk membangunkan semula projek itu. Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah gagal melindungi hak dan kepentingan para
pembeli.
GERAI HARAM DI JLN KLANG LAMA TUMBUH MACAM CENDAWAN-DAPAT SURAT SOKONGAN TIMBALAN MENTERI W ILAYAH
CAPs menerima banyak rungutan dan aduan orangramai mengenai wujudnya gerai-gerai haram tanpa lesen di merata tempat di Jln Klang Lama , Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Gerai-gerai ini ramai pengusahanya 'orang asing' menggunakan lesen berdaftar orang tempatan, ada juga setelah DBKL robohkan ,mendapat surat sokongan dari Tim.Menteri Wilayah Persekutuan. Isu ini perlu pihak DBKL tegas dan KDN juga tidak boleh bertolak ansur. ianya menyebabkan punca penyakit seperti banyaknya tikus di kawasan perumahan berhampiran serta pengusaha terbabit jelas tidak mematuhi peraturan dan terlepas dari tindakan undang-undang. DBKL perlu peka isu kesihatan komuniti setempat dan usaha membenteras isu bersabit kesihatan rakyat setempat perlulah diambil perhatian serius.
1 Malaysia Consumers Rights Group
Salam!
Bersempena dengan Hari Malaysia pada 17 Sept 2012 ini, saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan '1Malaysia Consumers Rights Group' iaitu satu kumpulan pengguna yang terdiri dari rakan fb dan twiter dari pelbagai bangsa dan kaum di negara ini. Tujuannya adalah untuk menyebarkan kefahaman hak-hak pengguna serta memberi nasihat dan tindakan serta bersuara ke atas hak pengguna untuk di dengar dan dilindungi.
Semua rakyat Malaysia berumur 17 tahun ke atas adalah dijemput untuk menjadi ahli kumpulan '1Malaysia Consumers Rights Group' . more info call 012-3040653

BERJIMAT LEPAS RAYA
Dah masuk seminggu kita beraya, nampaknya suasana bekerja telah mula kelihatan dan masih ada juga bercuti panjang. Walau apapun, ramai pengguna dah mula kering pokek duit banyak habis sebelum raya dengan persiapan keperluan hari raya. Hutang bulanan seperti ansuran kereta, motor,personal loan, insuran, ansuran barangan erabot dan letrik, pinjaman perumahan, bil letrik, air, astro, building maintenance dan pelbagai lagi harus di bayar segera kerana tunggakkan menanti
Credit card limit telah habis digunakan. Seorang pengguna mengeluh kepada saya menceritakan peritnya dia sekarang ini dan bertanyakan dimanakah dia boleh buat pinjaman tunai RM 100 untuk beli beras dan barang dapur dan nak tuang minyak kereta.
Sedih jugak dengar cerita seorang Kerani swasta , tapi soalnya kenapa dia tak merancang betul-betul perbelanjaannnya? soalan ini ada jawapannya bagi dia kerana terpaksa berbelanja untuk pakaian, kueh mueh, duit raya anak-anak , makanan daging dan ayam, dan inginkan keluarga bergembira di hari raya.
GUNA BANGLA UNTUK SEMBELIH AYAM DI PASAR BESAR JLN OTHMAN, PETALING JAYA.
CAPs menggesa supaya Majlis Ugama Islam Selangor
(MAIS)memantau dan menhentikan perkhidmatan penyembelihan ayam dikalangan
pekerja asing di Pasar Besar Jln Othman, Petaling Jaya. Tinjauan saya bersama
pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) baru-baru ini mendapati peniaga runcit di pasar tersebut menggunakan
khidmat pekerja asing dari bangladesh untuk menyembelih ayam sebelum dijual
kepada pengguna. CAPs bimbang jika pekerja asing yang melakukan penyembelihan
akan timbul keraguan di kalangan pembeli yang mana mungkin tidak mengikut hukum
syarak sebenarnya yang melibatkan kebersihan dan cara penyembelihan ayam dan
kematiannya. Penyembelih juga tidak mempunyai dokumen pekerjaan yang lengkap
dan peniaga runcit tidak mempamerkan gambar penyembelih di gerai jualan. CAPs
menerima aduan ada kalanya ketika jumlah ayam banyak untuk disembelih,
penyembelih mengambil jalan mudah dengan merendamkan ayam yang baru disembelih
ke dalam tong berisi air supaya ayam
tersebut cepat mati. MAIS perlu memberi
khidmat ini kepada orang tempatan berugama Islami yang benar-benar berpengalaman dan disahkan
layak menjadi penyembelih. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu
mengeluarkan lesen khas dan maklumat penyembelih perlu dipaparkan kepada
pembeli di gerai jualan ayam. Penyembelih juga perlu ditemuduga oleh MAIS
terlebih dahulu sebelu lesen dikeluarkan.
CAPs menggesa pihak MAIS dan MBPJ menjalankan operasi segera
ke pasar-pasar tempat jualan ayam menjelang musim perayaan ini memandangkan
permintaan ayam amat tinggi dikalangan pengguna sekarang ini dan sudah tentu
ayam yang disembelih terlalu banyak dan penyembelih ambil cara mudah
menyembelih tanpa mematuhi hukum syarak.
HASIL PEMANTAUAN BARANGAN KAWALAN MUSIM PERAYAAN DI PASAR
BESAR JLN OTHMAN, PETALING JAYA. PADA: 12HB OGOS 2012
Pada 12hb Ogos 2012,
jam 10.30 pagi, Gerakan Pengguna daerah (Petaling Jaya) bersama Persatuan
Pengguna & Sosial daerah Petaling (CAPs) serta pegawai-pegawai penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah
mengadakan pemantauan harga barangan seperti ayam, ikan dan daging di Pasar
Besar Jln Othman, Petaling Jaya.
Pemantauan mendapati
majoriti peniaga meletakkan harga baru bagi barangan kawalan dan mengikuti
harga maksimum yang diwartakan. Walaubagaimanapun ,masih terdapat segelintir
peniaga yang tidak mematuhi peraturan seperti dacing timbangan yang telah tamat
tempoh. Tinjauan ke tempat penyembelihan ayam mendapati pekerja asing berugama
Islam yang melakukan penyembelihan ayam.
CAPs meminta supaya
Majlis Ugama Islam Selangor (MAIS)memantau dan menhentikan perkhidmatan
penyembelihan ini dikalangan pekerja asing sebaliknya MAIS perlu memberi
khidmat ini kepada orang tempatan berugama Islam.. Pihak Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ) perlu mengeluarkan lesen khas dan maklumat penyembelih
perlu dipaparkan kepada pembeli di gerai jualan ayam. CAPs bimbang jika pekerja
asing yang melakukan penyembelihan akan timbul keraguan di kalangan pembeli
yang mana mungkin tidak mengikut hukum syarak sebenarnya yang melibatkan
kebersihan dan cara penyembelihan ayam dan kematiannya.
Bagi mengelakkan
kenaikkan harga berlaku disaat akhir persiapan syawal nanti, para pengguna
dinasihatkan tidak membeli terlalu banyak bekalan makanan seperti ayam dan
ikan. Jika terlalu banyak permintaan akan menyumbang kepada kekurangan bekalan
dan para peniaga mengenakan harga yang tinggi bagi meraih keuntungan. KPDNKK
akan terus memantau setiap hari dan mengharapkan para pengguna membuat aduan
segera kepada pejabat KPDNKK berhampiran atau melalui talipon talian aduan
1800-886-800 atau http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/ jika berlaku kenaikkan harga
dan penipuan.
Dua puloh (20) jenis
barangan basah dan kering telah di senaraikan dibawah Skim Kawalan Harga Musim
Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini. Tempoh kawalan ini bermula 12hb hingga 28
Ogos ini.
Harga Barangan Terkawal yang akan di bentangkan di Parlimen perlulah harga yang menusabah dan ianya benar-benar dapat dikawal di pasaran runcit dan tidak menipu pengguna. Walaupun kakitangan awam mendapat bonos, peneroka Felda mendapat bantuan dan pelbagai imbuhan, pesara mendapat bonos, semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga yang tidak membebankan rakyat.
Kita perlu fikir ramai lagi masyarakat pengguna yang tidak mengecapi semua imbuhan ini dan mereka merasa perit untuk menyediakan perbelanjaan persiapan hari raya dan dalam masa yang sama mereka perlu menjelaskan hutang bulanan yang perlu dibayar.

SKUAD PENGGUNA
CAPS akan membantu KPDNKK menubuhkan pasukan Skuad Pengguna
bermula pertengahan ramadhan ini sebagai persediaan jentera memantau harga
barangan dan perkhidmatan terutamanya pengangkutan awam. Sasaran CAPs adalah
ketua-ketua komuniti setempat serta ahli persatuan, kelab dan jawatankuasa
penduduk juga akan melibatkan pelajar IPT sekitar Lembah Kelang, Mereka akan
diberi taklimat dan pendedahan tugas terlebih dahulu sebelum membantu memantau.
Borang soal selidik pengguna dan senarai harga barangan terkawal disediakan
kepada pemantau sebagai panduan.
ISU SAMPAH....
PETALING JAYA 19 Julai - Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok B, Pangsapuri Permai di sini merayu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) agar segera menyelesaikan masalah yang membelenggu penghuni sejak dua tahun lalu.Dakwa penduduk ini termasuklah melunaskan bayaran kerja-kerja penyenggaraan yang dituntut sebanyak RM128,640.Pengerusi JMB pangsapuri itu, Damiri Majidah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang bayaran sejak JMB mengambil alih pengurusan pangsapuri berkenaan pada September 2010."Apabila kami mengemukakan tuntutan, alasan yang diberikan langsung tidak munasabah antaranya akaun belum diaudit, sistem komputer bermasalah dan sebagainya.
SELAMAT BERPUASA!
CAPs mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ...semoga di bulan ramadhan yang mulia ini kita dikurniakan kesihatan yang baik , panjang umur, dimurahkan rezeki serta dapat kita mempertingkatkan amalan yang diperintahkan. Semoga kita memperolehi kemenangan disisi Allah Yang Maha Kuasa!
Saya ingin menarik perhatian terhadap kenyataan YB.Perdana Menteri supaya peranan dan tugas Penggawa dan Penghulu dipertingkatkan bagi mempastikan rakyat menerima penjelasan dan maklumat dari pihak kerajaan. Teguran dan fokus tanggungjawab kerja ini perlu diambil perhatian serius oleh semua Penggawa dan Penghulu supaya slogan Rakyat Didahulukan benar-benar dicapai dan sampai kegolongan sasarannya. Saya mendapati banyak kelemahan Penggawa dan Penghulu yang masih kabur dengan makllumat dan dasar kerajaan serta bidangkuasa yang diperturunkan kepada mereka tidak dilaksanakan secara berkesan. saya mengambil contoh dimana semua Penghulu diberi kuasa dalam hal kegiatan penyelewengan perniagaan seperti peniaga melanggar Akta dan Peraturan Perihal Dagangan, banyak aduan pengguna dan kegiatan penyelewengan berlaku tetapi sebaliknya peranan Penghulu membantu membenterasnya tidak pernah kita dengar dan ada juga Penghulu langsung tidak memantau keadaan penyelewengan berlaku.
Menjelang musim perayaan ini yang mana pengguna telah mula berbelanja dan pengaruh, gimik serta mencari keuntungan lebih oleh peniaga sudah tentu menggalakkan dan kenaikkan harga barangan pasti akan berlaku disebabkan permintaan yang banyak. Dalam hal ini Penghulu harus mempertingkatkan peranannya bersama pegawai KPDNKK turun padang bagi melindungi pengguna. Penghulu juga harus mendidik anak buahnya selaku pengguna supaya jimat berbelanja dan tidak boros.
Penggawa dan Penghulu juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat hak-hak pengguna dan membantu menyelesaikan aduan pengguna . Penggawa dan Penghulu perlu memahami Undang-undang Perlindungan Pengguna serta peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang boleh membantu pengguna.
Saya berpendapat Pejabat Daerah disetiap daerah boleh dijadikan ruang forum pengguna juga sebagai one stop centre untuk Penggawa dan Penghulu melaksanakan aktiviti kepenggunaan di diperingkat daerah masing-masing.

Kakitangan awam mesti cepat dan tepat
PUTRAJAYA 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam bertindak secara terancang, mengambil sikap bergerak dengan cepat, tepat dan berintegriti (CTI) supaya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata, sikap itu perlu disokong dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) agar kepuasan rakyat terus meningkat terhadap perkhidmatan kerajaan.
''Kalau kita ingat pada dua akronim ini, ia mencerminkan proses pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan iaitu mencari idea-idea baru lebih bernas dan tidak begitu konvensional kerana yang penting ialah keberhasilan," katanya.
CAPs berharap kakitangan awam lebih telus dan agresif menyelesaikan aduan pengguna, janganm tunggu ada complaint...baru nak siasat,,,perlulah rajin memantau dan ambil tindakan segera!!
CAPs berharap kakitangan awam lebih telus dan agresif menyelesaikan aduan pengguna, janganm tunggu ada complaint...baru nak siasat,,,perlulah rajin memantau dan ambil tindakan segera!!
MASALAH AIR MAKIN SERIUS....
Beberapa kawasan di ibu negara dan Hulu Langat kini mengalami gangguan bekalan air serius melibatkan kira-kira 42,080 akaun pengguna . Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di kedua-dua wilayah ekoran penurunan paras kolam utama.
Masalah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kelihatan semakin menghampiri tahap sangat membimbangkan apabila 134 kawasan direkod di empat wilayah mengalami gangguan tekanan air rendah pada minggu ini berbanding hanya 47 kawasan terlibat sejak 5 hingga 20 Jun lalu.
Ini kerana rezab bekalan air telah berkurangan dengan drastik akibat kesemua loji terpaksa memaksimumkan tahap pengeluaran air terawat sehingga 4,371 juta liter sehari (JLH), namun masih tidak dapat menampung permintaan harian.
CAPs berpendapat dan menggesa supaya isu air ini tidak dipolitikkan, jangan diperniagakan kerana air adalah kemudahan asas pengguna yang telah termaktub dalam Deklarasi Human Rights. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus duduk semeja bagi membincangkan isu air ini demi tanggungjawab mereka melindungi pengguna di negara ini.
"Antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung cadangan yang diutarakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk catuan air dan pengumuman kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mengambil alih Syabas," katanya.
Selangor mahu jawapan dalam dua minggu
PUTRAJAYA 19 Julai - Kerajaan negeri Selangor hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengurusan Syabas serta memastikan peralihan pengurusan berjalan lancar.
Masalah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kelihatan semakin menghampiri tahap sangat membimbangkan apabila 134 kawasan direkod di empat wilayah mengalami gangguan tekanan air rendah pada minggu ini berbanding hanya 47 kawasan terlibat sejak 5 hingga 20 Jun lalu.
Ini kerana rezab bekalan air telah berkurangan dengan drastik akibat kesemua loji terpaksa memaksimumkan tahap pengeluaran air terawat sehingga 4,371 juta liter sehari (JLH), namun masih tidak dapat menampung permintaan harian.
CAPs berpendapat dan menggesa supaya isu air ini tidak dipolitikkan, jangan diperniagakan kerana air adalah kemudahan asas pengguna yang telah termaktub dalam Deklarasi Human Rights. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus duduk semeja bagi membincangkan isu air ini demi tanggungjawab mereka melindungi pengguna di negara ini.
Jawatankuasa Khas ditubuh
19 July 2012: Satu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan bagi menangani isu air yang semakin kritikal di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan selepas mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung cadangan yang diutarakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk catuan air dan pengumuman kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mengambil alih Syabas," katanya.
Selangor mahu jawapan dalam dua minggu
PUTRAJAYA 19 Julai - Kerajaan negeri Selangor hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengurusan Syabas serta memastikan peralihan pengurusan berjalan lancar.
Pengguna internet di Malaysia 48% wanita..
Ini kerana menurut laporan akhbar, kebanyakan mangsa jenayah siber terutama yang melibatkan laman sosial seperti Facebook dan juga pesan ringkas (SMS) berbaur lucah adalah terdiri daripada kaum wanita.
Hal Ehwal Pengguna perlu di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Hal ehwal pengguna yang selama ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu di pindahkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. CAPs menyokong cadangan FOMCA (Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia) supaya hal ehwal kepenggunaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah untuk mempastikan hak-hak pengguna benar-benar terjamin dan memandangkan juga kepentingan hak-hak pengguna banyak melibatkan tindakan pelbagai agensi kerajaan. Sekiranya hal ehwal pengguna ini dibawah Jabatan Perdana Menteri, sudah tentu penyelarasan tindakan secara pentadbiran dan pemantauan keatas keberkesanan jabatan-jabatan tertentu melaksanakan tanggungjawab memberi perkhidmatan dan perlindungan pengguna dapat dilakukan secara lebih berkesan.
Keadaan sekarang yang mana bidang kepenggunaan dibawah KPDNKK tidak dapat menunjukkan benar-benar hak dan perlindungan pengguna dilindungi. KPDNKK terlalu banyak bahagian yang bercampur aduk dengan menjaga kepentingan perniagaan. Dalam masa yang sama KPDNKK memfokuskan perkembangan perniagaan runcit, koperasi dan KRIM .
Sehubungan ini juga saya mencadangkan supaya cadangan hal ehwal pengguna di pindah ke Jabatan Perdana Menteri dapat dilaksanakan secepat mungkin sebelum PRU13 dan pihak kerajaan khusunya KPDNKK dapat menerima cadangan ini dengan sikap yang terbuka demi perlindungan pengguna di negara ini.
Jalan Maut di simpang 3 Raub-Kuala Lipis- Sg.Ruan......tiada lampu isyarat.telah kerap berlaku kemalangan. CAPs mmenggesa JKR ambil tindakan segera membina trafic light di simpang ini memandangkan jalan ini jalan utama kenderaan ke Kelantan dari Kuala Lumpur..banyak bas ekpress dan lori melalui jalan ini. Telah adukan ke JKR melalui aduan online JKR,, tetapi belum melakukan tindakan penyelesaian dan tiada maklumbalas diterima....
FOMCA LANCAR MANIFESTO TUNTUTAN PENGGUNA
PETALING JAYA, 29 Jun 2012 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan Manifesto Tuntutan Pengguna, yang disasarkan kepada parti-parti politik dan calon-calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Manifesto ini merupakan julung-julung kalinya diterbitkan oleh FOMCA bagi membantu parti politik dan calon-calon pilihan raya untuk menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan dalam manifesto pilihan raya masing-masing serta semasa kempen pilihan raya.
FOMCA berharap isu-isu yang disuarakan dalam Manifesto ini diberikan perhatian oleh semua parti politik yang bertanding kerana ia merupakan isu yang diberikan perhatian utama oleh pengguna, yang juga merupakan pengundi pilihan raya.

ADUAN pengguna.....Jalan kampong rosak, tebing retak,,amat membahayakan pengguna..JKR Raub lambat bertindak walaupun Biro Pengaduan Awam telah arahkan ambil tindakan...dimanakah tanggungjawab mereka mempastikan kehendak rakyat sebagai pengguna didahulukan...???CAPs menerima aduan penduduk Kg.Pintu Padang, Raub, Pahang.
Hampir 15 tahun menghuni Apartmen Lagoon Perdana, disini bukan keselesaan dinikmati,
BANGUNAN Apartmen Lagoon Perdana, Subang Jaya kelihatan indah, tetapi tiada siapa yang tahu penduduknya mengalami 1001 masalah akibat JMB apartmen itu gagal berfungsi.
Hampir 15 tahun menghuni Apartmen Lagoon Perdana, disini bukan keselesaan dinikmati, sebaliknya 1001 masalah terpaksa ditanggung penduduk. Bermula dengan kerja-kerja penyenggaraan tidak terurus hingga berkait soal keselamatan.Kesemua ini gara-gara Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang diharap dapat menyelesaikan masalah ditanggung penghuni, didakwa gagal berfungsi.Penghuni mendakwa berasa teraniaya kerana sudahlah terpaksa membayar wang penyenggaraan sebanyak RM84 setiap bulan kepada JMB, janji ditabur pula gagal dikota.
GERAKAN MEMPERKASA KELAB PENGGUNA..
Jadikan Kelab Pengguna Sekolah satu platform dialog isu-isu kepenggunaan yang pelajar perlu tahu sebagai seorang pengguna yang bijak. CAPs menyeru guru-guru penasihat Kelab Pengguna Sekolah dapat membantu dalam memperkasakan idea-idea bernas pelajar dalam isu-isu kepenggunaan yang mana mampu mungkin memahami isu pengguna global dimasa akan datang.
..mari kita bincangkan apakah langkah dan strategi melaksanakannya secara berkesan...
SAMBUTAN HARI WANITA PANGSAPURI DAMAI SENJA
15 APRIL. KRT Pangsapuri Damai Senja, Petaling Utama,PJ menganjurkan Sambutan Hari Wanita diperingkat komuniti. Sempena majlis sambutan ini , saya telah menyampaikan ceramah Hak-hak Pengguna. En.Muhd Ruhani Ketua Penguatkuasa KPDNKK menyampaikan ceramah mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna. Turut hadir Pn Azura dari AADK P.Jaya. Majlis dirasmikan oleh Datin Wong dari MCA PJ Selatan. Majlis telah diselaraskan oleh En.Sathivello, Pengerusi KRT damai Senja.
Sistem pendidikan perlu dirombak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pendidikan negara perlu dirombak kerana sudah sampai ke satu tahap yang memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar. Perdana Menteri berkata, langkah ini sejajar proses transformasi negara bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran masa akan datang.
“Transformasi ke arah negara bermaklumat, negara inovasi, berpendapatan tinggi dan berdaya saing memerlukan transformasi sistem pendidikan terutama mengenai cara kita belajar dan mengajar.
Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada ‘hafalan’ perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar supaya mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri sendiri. “Oleh kerana dunia sudah berubah, keperluan kita adalah menyediakan generasi hari ini untuk dunia yang akan datang,” katanya berucap pada majlis pelancaran Program I-Think, di dewan Bangkuasi Parlimen, semalam.

DIALOG BERSAMA PEMIMPIN PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMIMPIN KAWASAN RUKUN TETANGGA
Pada 11hb Mac 2012, di Shah Village Hotel,Petaling Jaya, CAPs dengan kerjasama Gerakan Pengguna Daerah Petaling Jaya, mengadakan satu sesi dialog pengguna dengan pemimpin-pemimpin masyarakat terdiri dari pengerusi, setiausaha persatuan-persatuan penduduk dan kawasan rukun tetangga disekitar Petaling Jaya Selatan. Seramai 50 orang pemimpin masyarakat hadir.
WORLD CONSUMER RIGHTS DAY 2012
Facebook LGBT laman sembang seks
halim.hadi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 12 Mac - Selain menjadi tempat berkenalan, pengikut kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini secara terang-terangan menjadikan laman sosial sebagai platform untuk mendapatkan hubungan seks sejenis.
Tinjauan susulan Utusan Malaysia hari ini menemui beberapa lagi kumpulan sosial di Facebook yang mempromosikan amalan seks songsang di negara ini.
Antaranya adalah Malaysia Lesbian Club, Persatuan Lesbian Kebangsaan Malaysia, Persatuan Lelaki Lesbian dan Perempuan Gay SeMalaysia, Malaysia Lesbian, Lesbian Malaysia@Indon dan Malaysian Support Gay, Lesbian, Transexual and Bisexual.
Di dalam kumpulan yang mempunyai lebih 3,000 ahli itu ada yang tanpa segan-silu menjadikan laman sosial itu sebagai tempat menulis komen dan status yang berupa ajakan seks.

Subscribe to:
Posts (Atom)