MAJLIS HAL EHWAL PENGGUNA DAERAH PERLU DIAKTIFKAN




Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah (MHEPD) yang ditubuhkan semenjak 7 tahun lalu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah boleh dikatakan 'terkubur' , majlis ini gagal berfungsi sebagai satu majlis atau platform forum pengguna di peringkat daerah, akibatnya banyak isu-isu dan masalah pengguna di peringkat setempat gagal diselesaikan. Antaranya, isu kenaikan harga barang sekarang telah menjadi modal kempen politik menjelang musim pilihanraya. Budaya 'protes' parti pembangkang dan mereka yang menggelarkan diri mereka 'aktivis' yang berganding rapat dengan parti politik telah 'menikam' kerajaan dalam usaha menangani isu ini. CAPs telah menyuarakan kepada YB.Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna supaya Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah perlu digerakkan semula dalam usaha kerajaan untuk mendengar dan menyelesaikan isu-isu pengguna di peringkat setempat. Gesaan ini telah saya kemukakan semasa majlis dialog bersama YB.Datuk Mohd Shafie Hj.Apdal, Menteri KPDNHEP di Majlis Taklimat Isu Harga Barang yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 11 feb 2008. Kira-kira 1500 orang hadir terdiri dari wakil-wakil pertubuhan sukarela, NGO, parti politik, ketua-ketua jabatan di negeri Selangor dan W.Persekutuan. YB.Menteri telah mengakui bahawa majlis ini gagal berfungsi dan beliau berjanji akan menggerakkannya semula. CAPs mengharapkan janji YB.Menteri ini dapat dilaksanakan segera dan tidak perlu kita tunggu dan berlengah lagi hingga lepas pihanraya. YB.Menteri perlu memanggil mesyuarat segera dengan semua pengerusi dan setiausaha Majlis Hal Ehwal Pengguna Daerah dalam masa terdekat ini untuk membantu masyarakat pengguna bawahan 'grassroot' , bukan sahaja isu harga barang tetapi banyak lagi isu pengguna lain seperti kesihatan, alam sekitar, perumahan dan perkhidmatan dihadapi oleh pengguna di peringkat kawasan masih gagal diselesaikan.


No comments: