GERAI HARAM DI JLN KLANG LAMA TUMBUH MACAM CENDAWAN-DAPAT SURAT SOKONGAN TIMBALAN MENTERI W ILAYAH

CAPs menerima banyak rungutan dan aduan orangramai mengenai wujudnya  gerai-gerai haram tanpa lesen di merata tempat di Jln Klang Lama , Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Gerai-gerai ini ramai pengusahanya 'orang asing' menggunakan lesen berdaftar orang tempatan, ada juga setelah DBKL robohkan ,mendapat surat sokongan dari Tim.Menteri Wilayah Persekutuan. Isu ini perlu pihak DBKL tegas dan KDN juga tidak boleh bertolak ansur. ianya menyebabkan punca penyakit seperti banyaknya tikus di kawasan perumahan berhampiran serta pengusaha terbabit jelas tidak mematuhi peraturan dan terlepas dari tindakan undang-undang. DBKL perlu peka isu kesihatan komuniti setempat dan usaha membenteras isu bersabit kesihatan rakyat setempat perlulah diambil perhatian serius. 

1 Malaysia Consumers Rights Group

Salam!

Bersempena dengan Hari Malaysia pada 17 Sept 2012 ini, saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan '1Malaysia Consumers Rights Group' iaitu satu kumpulan pengguna yang terdiri dari rakan fb dan twiter dari pelbagai bangsa dan kaum di negara ini. Tujuannya adalah untuk menyebarkan kefahaman hak-hak pengguna serta memberi nasihat dan tindakan serta bersuara ke atas hak pengguna untuk di dengar dan dilindungi.
Semua rakyat Malaysia berumur 17 tahun ke atas adalah dijemput untuk menjadi ahli kumpulan '1Malaysia Consumers Rights Group' . more info call 012-3040653