Dianggarkan seramai 600 orang peserta hadir mewakili Persatuan-persatuan Pengguna dan lain-lain NGO.




Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling (CAPs) bersama empat (4) buah Persatuan-persatuan Pengguna Negeri Selangor iaitu Persatuan Pegguna Subang Dan Shah Alam (CASSA), Persatuan Pengguna Klang, Persatuan Kebajikan Pengguna Selangor, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor telah menganjurkan Sambutan Hari Pengguna Malaysia Peringkat Negeri Selangor pada 02hb.Ogos 2008 bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam. Tema sambutan pada tahun ini iaitu " Kesederhanaan Menjamin Kesejahteraan". Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg.Dato' Mohd Zain b. Mohd Dom, Ketua Setiausaha KPDNHEP. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Pn.Mahanitan Bt Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP.

Perlaksanaan program majlis sambutan ini telah di pengerusikan oleh Y.Bhg. Tuan Mohd Nazri b.Osman, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor. Belbagai acara telah diadakan iaitu ceramah kepenggunaan yang disampaikan oleh Pn.Nora Hj Mohd Nor, Setiausaha CASSA, penyampaian sijil penghargaan kepada pemimpin-pemimpin Persatuan-persatuan Pengguna, penyampaian hadiah kepada Kelab Pengguna Terbaik, Pameran kepenggunaan yang disertai oleh agensi kerajaan, gerai-gerai jualan barangan pengguna yang disertai oleh pihak swasta serta pertandingan mewarna oleh kanak-kanak Tadika. Para hadirin turut dihiburkan oleh artis terkenal ND Lala. Wakil Persatuan-persatuan Pengguna Dato' Dr.Jacob George juga selaku Presiden CASSA turut menyampaikan ucapan aluannya di majlis ini. Di dalam ucapan beliau, antaranya mengharapkan pihak KPDNHEP dapat memberi pertimbangan supaya bantuan khas untuk menjalankan aktiviti kepenggunaan oleh persatuan pengguna ditambah serta menyeru supaya Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor dapat diperbaharui bagi memberi peluang kepada wakil-wakil persatuan pengguna yang berpengalaman menganggotai majlis ini. Beliau juga turut memaklumkan Persatuan-persatuan Pengguna di negeri ini akan melaksanakan aktiviti pemantauan harga menjelang musim perayaan tahun ini mulai bulan puasa akan datang di beberapa kawasan di negeri Selangor. Beliau turut menyatakan wujudnya kerjasama rapat antara KPDNHEP Selangor dengan Persatuan-persatuan Pengguna di Selangor dan berharap kerjasama ini dapat diperkukuhkan demi perlindungan dan kesejahteraan pengguna.






1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.