JUAL RUMAH MELALUI 'TIME SHARE' TIPU PENGGUNA


Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling (CAPs) menerima aduan dari pembeli rumah 'apartment' melalui 'time-share' projek perumahan yang di majukan oleh syarikat pemaju Dataran Mantin, melalui pejabat tapak Syarikat Squirrel Hill Properties Sdn Bhd di Taman Ara Damansara, Subang ,telah terbekanglai hampir 3 tahun semenjak tahun 2006 lalu. Pembeli mengadu mereka telah kerugian antara RM 5,000 hingga RM18,000 dan jumlah ini tidak termasuk faedah pinjaman bank. CAPs sedang mendapatkan maklumat pembeli yang lain dan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak dikalangan pembeli terlibat. Dalam masa yang sama, CAPs telah memfailkan aduan rasmi kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), FOMCA baru-baru ini. CAPs juga akan mengaturkan satu sidang media bagi menghebahkan isu ini supaya pembeli-pembeli lain dapat dikesan serta pihak berkuasa menyedarinya untuk bertindak tegas mengikut kuasa dan undang-undang yang ada dan mempastikan hak pembeli dilindungi dan mendapat pampasan sewajarnya disamping itu CAPS menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Sekeruti Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan tegas dikenakan kepada syarikat berkenaan. CAPs turut menasihatkan kepada pembeli supaya membuat laporan polis mengenai penipuan ini.




No comments: