BERJIMAT LEPAS RAYA

Dah masuk seminggu kita beraya, nampaknya suasana bekerja telah mula kelihatan dan masih ada juga bercuti panjang. Walau apapun, ramai pengguna dah mula kering pokek duit banyak habis sebelum raya dengan persiapan keperluan hari raya. Hutang bulanan seperti ansuran kereta, motor,personal loan, insuran, ansuran barangan erabot dan letrik, pinjaman perumahan, bil letrik, air, astro, building maintenance dan pelbagai lagi harus di bayar segera kerana tunggakkan menanti
Credit card limit telah habis digunakan. Seorang pengguna mengeluh kepada saya menceritakan peritnya dia sekarang ini dan bertanyakan dimanakah dia boleh buat pinjaman tunai RM 100 untuk beli beras dan barang dapur  dan nak tuang minyak kereta.
Sedih jugak dengar cerita seorang Kerani swasta , tapi soalnya kenapa dia tak merancang betul-betul perbelanjaannnya? soalan ini ada jawapannya bagi dia kerana terpaksa berbelanja untuk pakaian, kueh mueh, duit raya anak-anak , makanan daging dan ayam, dan inginkan keluarga bergembira di hari raya.

No comments: