Harga Barangan Terkawal yang akan di bentangkan di Parlimen perlulah harga yang menusabah dan ianya benar-benar dapat dikawal di pasaran runcit dan tidak menipu pengguna. Walaupun kakitangan awam mendapat bonos, peneroka Felda mendapat bantuan dan pelbagai imbuhan, pesara mendapat bonos, semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga yang tidak membebankan rakyat.
Kita perlu fikir ramai lagi masyarakat pengguna yang tidak mengecapi semua imbuhan ini dan mereka merasa perit untuk menyediakan perbelanjaan persiapan hari raya dan dalam masa yang sama mereka perlu menjelaskan hutang bulanan yang perlu dibayar.

SKUAD PENGGUNA


CAPS akan membantu KPDNKK menubuhkan pasukan Skuad Pengguna bermula pertengahan ramadhan ini sebagai persediaan jentera memantau harga barangan dan perkhidmatan terutamanya pengangkutan awam. Sasaran CAPs adalah ketua-ketua komuniti setempat serta ahli persatuan, kelab dan jawatankuasa penduduk juga akan melibatkan pelajar IPT sekitar Lembah Kelang, Mereka akan diberi taklimat dan pendedahan tugas terlebih dahulu sebelum membantu memantau. Borang soal selidik pengguna dan senarai harga barangan terkawal disediakan kepada pemantau sebagai panduan.

ISU SAMPAH....

PETALING JAYA 19 Julai - Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok B, Pangsapuri Permai di sini merayu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) agar segera menyelesaikan masalah yang membelenggu penghuni sejak dua tahun lalu.Dakwa penduduk ini termasuklah melunaskan bayaran kerja-kerja penyenggaraan yang dituntut sebanyak RM128,640.Pengerusi JMB pangsapuri itu, Damiri Majidah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang bayaran sejak JMB mengambil alih pengurusan pangsapuri berkenaan pada September 2010."Apabila kami mengemukakan tuntutan, alasan yang diberikan langsung tidak munasabah antaranya akaun belum diaudit, sistem komputer bermasalah dan sebagainya.



SELAMAT BERPUASA!

CAPs mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ...semoga di bulan ramadhan yang mulia ini kita dikurniakan kesihatan yang baik , panjang umur, dimurahkan rezeki serta dapat kita mempertingkatkan amalan yang diperintahkan. Semoga kita memperolehi kemenangan disisi Allah Yang Maha Kuasa!
Saya ingin menarik perhatian terhadap kenyataan YB.Perdana Menteri supaya peranan dan tugas Penggawa dan Penghulu dipertingkatkan bagi mempastikan rakyat menerima penjelasan dan maklumat dari pihak kerajaan. Teguran dan fokus tanggungjawab kerja ini perlu diambil perhatian serius oleh semua Penggawa dan Penghulu supaya slogan Rakyat Didahulukan benar-benar dicapai dan sampai kegolongan sasarannya. Saya mendapati banyak kelemahan Penggawa dan Penghulu yang masih kabur dengan makllumat dan dasar kerajaan serta bidangkuasa yang diperturunkan kepada mereka tidak dilaksanakan secara berkesan. saya mengambil contoh dimana semua Penghulu diberi kuasa dalam hal kegiatan penyelewengan perniagaan seperti peniaga melanggar Akta dan Peraturan Perihal Dagangan, banyak aduan pengguna dan kegiatan penyelewengan berlaku tetapi sebaliknya peranan Penghulu membantu membenterasnya tidak pernah kita dengar dan ada juga Penghulu langsung tidak memantau keadaan penyelewengan berlaku.

Menjelang musim perayaan ini yang mana pengguna telah mula berbelanja dan pengaruh, gimik serta mencari keuntungan lebih oleh peniaga sudah tentu menggalakkan dan kenaikkan harga barangan pasti akan berlaku disebabkan permintaan yang banyak. Dalam hal ini Penghulu harus mempertingkatkan peranannya bersama pegawai KPDNKK turun padang bagi melindungi pengguna. Penghulu juga harus mendidik anak buahnya selaku pengguna supaya jimat berbelanja dan tidak boros.

Penggawa dan Penghulu juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat hak-hak pengguna dan membantu menyelesaikan aduan pengguna . Penggawa dan Penghulu perlu memahami Undang-undang Perlindungan Pengguna serta peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang boleh membantu pengguna.

Saya berpendapat Pejabat Daerah disetiap daerah boleh dijadikan ruang forum pengguna juga sebagai one stop centre untuk Penggawa dan Penghulu melaksanakan aktiviti kepenggunaan di diperingkat daerah masing-masing.

Kakitangan awam mesti cepat dan tepat


PUTRAJAYA 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam bertindak secara terancang, mengambil sikap bergerak dengan cepat, tepat dan berintegriti (CTI) supaya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata, sikap itu perlu disokong dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) agar kepuasan rakyat terus meningkat terhadap perkhidmatan kerajaan.

''Kalau kita ingat pada dua akronim ini, ia mencerminkan proses pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan iaitu mencari idea-idea baru lebih bernas dan tidak begitu konvensional kerana yang penting ialah keberhasilan," katanya.
CAPs berharap kakitangan awam lebih telus dan agresif menyelesaikan aduan pengguna, janganm tunggu ada complaint...baru nak siasat,,,perlulah rajin memantau dan ambil tindakan segera!!

MASALAH AIR MAKIN SERIUS....

Beberapa kawasan di ibu negara dan Hulu Langat kini mengalami gangguan bekalan air serius melibatkan kira-kira 42,080 akaun pengguna . Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di kedua-dua wilayah ekoran penurunan paras kolam utama.
Masalah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kelihatan semakin menghampiri tahap sangat membimbangkan apabila 134 kawasan direkod di empat wilayah mengalami gangguan tekanan air rendah pada minggu ini berbanding hanya 47 kawasan terlibat sejak 5 hingga 20 Jun lalu.
Ini kerana rezab bekalan air telah berkurangan dengan drastik akibat kesemua loji terpaksa memaksimumkan tahap pengeluaran air terawat sehingga 4,371 juta liter sehari (JLH), namun masih tidak dapat menampung permintaan harian.
CAPs berpendapat dan menggesa supaya isu air ini tidak dipolitikkan, jangan diperniagakan kerana air adalah kemudahan asas pengguna yang telah termaktub dalam Deklarasi Human Rights. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus duduk semeja bagi membincangkan isu air ini demi tanggungjawab mereka melindungi pengguna di negara ini.

Jawatankuasa Khas ditubuh

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan selepas mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung cadangan yang diutarakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk catuan air dan pengumuman kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mengambil alih Syabas," katanya.

Selangor mahu jawapan dalam dua minggu
PUTRAJAYA 19 Julai - Kerajaan negeri Selangor hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengurusan Syabas serta memastikan peralihan pengurusan berjalan lancar.