MASALAH AIR MAKIN SERIUS....

Beberapa kawasan di ibu negara dan Hulu Langat kini mengalami gangguan bekalan air serius melibatkan kira-kira 42,080 akaun pengguna . Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau di kedua-dua wilayah ekoran penurunan paras kolam utama.
Masalah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kelihatan semakin menghampiri tahap sangat membimbangkan apabila 134 kawasan direkod di empat wilayah mengalami gangguan tekanan air rendah pada minggu ini berbanding hanya 47 kawasan terlibat sejak 5 hingga 20 Jun lalu.
Ini kerana rezab bekalan air telah berkurangan dengan drastik akibat kesemua loji terpaksa memaksimumkan tahap pengeluaran air terawat sehingga 4,371 juta liter sehari (JLH), namun masih tidak dapat menampung permintaan harian.
CAPs berpendapat dan menggesa supaya isu air ini tidak dipolitikkan, jangan diperniagakan kerana air adalah kemudahan asas pengguna yang telah termaktub dalam Deklarasi Human Rights. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus duduk semeja bagi membincangkan isu air ini demi tanggungjawab mereka melindungi pengguna di negara ini.

Jawatankuasa Khas ditubuh

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan selepas mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung cadangan yang diutarakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk catuan air dan pengumuman kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mengambil alih Syabas," katanya.

Selangor mahu jawapan dalam dua minggu
PUTRAJAYA 19 Julai - Kerajaan negeri Selangor hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengurusan Syabas serta memastikan peralihan pengurusan berjalan lancar.

No comments: