FOMCA LANCAR MANIFESTO TUNTUTAN PENGGUNA

PETALING JAYA, 29 Jun 2012 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) hari ini melancarkan Manifesto Tuntutan Pengguna, yang disasarkan kepada parti-parti politik dan calon-calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Manifesto ini merupakan julung-julung kalinya diterbitkan oleh FOMCA bagi membantu parti politik dan calon-calon pilihan raya untuk menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan dalam manifesto pilihan raya masing-masing serta semasa kempen pilihan raya.

FOMCA berharap isu-isu yang disuarakan dalam Manifesto ini diberikan perhatian oleh semua parti politik yang bertanding kerana ia merupakan isu yang diberikan perhatian utama oleh pengguna, yang juga merupakan pengundi pilihan raya.

No comments: