JAKIM tak pernah keluar sijil halal

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana produk minuman yang dikatakan sebagai ‘bir halal’ diimport dari Asia Barat, kata Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha. Malah, katanya, JAKIM pernah menolak permohonan sijil halal produk minuman berkenaan kerana tidak menepati piawaian halal 1500:2009, selain tidak mematuhi prosedur halal.

“Oleh itu, JAKIM menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat pilihan produk dan hanya memilih barangan yang mempunyai sijil halal diiktiraf kerajaan saja,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian, semalam.

No comments: