PERMINTAAN TINGGI PENGGUNA AKAN MENYEBABKAN HARGA BARANG NAIK

Susulan dari kenaikkan tariff letrik semalam dan merujuk kepada gesaan YAB.Timbalan Perdana Menteri supaya pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, Persatuan Pengguna & Sosial Petaling (CAPs) akan menjalankan aktiviti pemantauan bersama pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Petaling Jaya dalam tempoh terdekat ini.

CAPs berharap para peniaga terutamanya kedai-kedai runcit yang terdapat di kawasan-kawasan perumahan dan flat kos rendah tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya yang mana para pengguna dikawasan ini adalah rata-rata mereka dari golongan berpendapatan rendah. Para peniaga perlu patuh dengan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak KPDNKK dan tidak boleh memberi alasan kenaikkan tariff letrik untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Para pengguna harus memberikan kerjasama dan bertindak segera membuat aduan jika terdapat peniaga yang menaikkan harga.

CAPs bimbang kenaikkan harga barangan akan berlaku berpunca dari permintaan yang tinggi dari pengguna memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah yang mana banyak majlis-majlis kenduri-kendara, majlis-majlis perkahwinan dan aktiviti-akti kemasyarakatan yang banyak menggunakan bahan mentah makanan, minyak masak dan gas. Beberapa bulan sahaja lagi umat Islam akan menyambut ramadhan dan Hari Raya, sudah tentu para peniaga akan cuba menaikkan harga disebabkan permintaan yang tinggi juga pada ketika itu juga pihak pengilang dan pengeluar telah menerima bil tariff yang baru dan akan merasakan kenaikkan bayaran bil tersebut, maka sudah tentu pihak pengilang dan pengeluar makanan dan perkhidmatan menyerapkan kos kenaikkan tersebut kepada peruncit dan pengguna.

Baru-baru ini kerajaan telah memberi kuasa semula kepada semua penghulu di seluruh negara yang membolehkan mereka bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang perihal dagangan. Sehubungan ini, CAPs berharap penghulu-penghulu yang telah diberi kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang perihal dagangan ini lebih proaktif melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke premis-premis perniagaan di kawasan mereka dan menyebarkan maklumat didikan pengguna kepada masyarakat setempat. CAPs sedia untuk bekerjasama dengan penghulu-penghulu untuk mengadakan sesi-sesi ceramah dan dialog isu-isu pengguna diperingkat kawasan dan di kampong-kampong. CAPs juga telah menyarankan kepada Gerakan Pengguna Negeri Selangor (KPDNKK) Selangor supaya mengadakan perjumpaan dan mesyuarat segera bersama semua penghulu-penghulu di negeri Selangor untuk membincangkan aktiviti pemantauan di peringkat kawasan dan dikampong-kampong di luar-luar bandar.

No comments: