Pemantauan Ke Pasar Ramadhan






Petaling Jaya. 5 Ogos. CAPs bersama YB.Dato' Tan Lian Hoe, Timb.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan pemantauan serta kempen kesedaran kepenggunaan di Pasar Ramadhan Taman Medan, Petaling Jaya. Pemantauan ini bertujuan mempastikan para peniaga menjaga kepentingan pengguna terutamanya tidak menaikkan harga makanan serta menjaga kebersihan diri yang mematuhi peraturan PBT. Turut hadir ialah En.Osman Nawang, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, En. Ruhaini, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Petaling Jaya, pegawai-pegawai KPDNKK, pegawai-pegawai penguatkuasa MBPJ , AJK CAPs serta wakil-wakil media.

No comments: