Tempat tumpuan bulan Ramadan perlu bebas Aedes

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini menyeru jawatankuasa setempat, agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan tempat-tempat tumpuan awam pada bulan Ramadan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan ramai pada bulan ini adalah pasar Ramadan, masjid, surau serta pusat membeli belah.
"Ini kerana tempat-tempat tumpuan ini dikunjungi orang ramai, khususnya pada lewat petang atau senja yang merupakan waktu puncak bagi nyamuk Aedes untuk menggigit," katanya, di sini hari ini. Menurut beliau, sehubungan dengan itu aktiviti pembersihan hendaklah dijalankan setiap minggu di kawasan terlibat selain memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik dalam kolam takungan kekal seperti surau dan masjid.

No comments: